Muzik video Abang Nak Tegurdapat dislike tertinggi di YouTube



KUALA LUMPUR: Tidak dapat dinafikan, YouTube merupakan platform bagi ramai pencipta kandungan video untuk mengejar populariti.

Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika video yang dimuatnaik mendapat banyak likes dalam tempoh masa yang singkat.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meraih populariti oleh sebab jutaan dislikes yang diraih daripada penonton yang tidak berkenan video atau orang yang ditayangkan dalam video tersebut.

Adakah ini benar atau tidak?

Di Malaysia pula, video muzik Abang Nak Tegur oleh Aliff Syukri dan Nur Sajat mendapat bilangan dislike  tertinggi, iaitu sebanyak 148,000 dislike!

Namun, YouTube menyenaraikan 10 video dengan ‘dislike’ tertinggi.

Video yang diterbitkan oleh KRU Music ini mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube dalam masa 10 hari.

Penonton yang ‘dislike’ video ini rata-ratanya tidak suka akan kemunculan Nur Sajat yang mendapat jolokan nama selepas video ini dimuat naik di YouTube.

Ada juga sumber mengumumkan bahawa video muzik #AbangNakTegur 2.0 bakal dimuat naik.

Ayuh kita saksikan 10 video yang mengaut bilangan dislike paling tinggi di seluruh dunia!

Malaysia
Abang Nak Tegur

300,000 dislike

Antarabangsa
Baby ft. Ludacris oleh Justin Bieber

7,498,938 dislike

Official Call of Duty: Infinite Warfare Reveal Trailer

3,495,374 dislike

Can This Video Get 1 million Dislikes? oleh Pewdiepie

2,943,222 dislike

Friday oleh Rebecca Black

2,579,720 dislike

Cortando O Botao Do YouTube oleh Aruan Felix

2,304,732 dislike

Gangnam Style oleh Psy

1,939,590 dislike

Sweatshirt by Jacob Sartorius

1,654,676 dislike

Wrecking Ball – Miley Cyrus

1,365,551 dislike

We Can’t Stop – Miley Cyrus

1,298,412 dislike

Anaconda – Nicki Minaj

1,315,683 dislike

 



Source link

read more

Video duet Hetty Koes Endang dan Big Shaq tular catat 300000 tontonan dalam tiga hari



KALAU sudah kreatif, apa sahaja mampu ditransformasikan menjadi sesuatu di luar kotak.

Mungkin itu gambaran yang boleh diberi tentang hasil karya anak muda ini.

Hanya sebuah video pendek namun suntingan yang dibuat berjaya menarik perhatian ramai.

Seorang pengguna Twitter dengan nama Zakwan Hadzim telah menyunting video komen salah seorang juri Gegar Vaganza musim keempat, Hetty Koes Endang.

Video itu adalah ketika Hetty memberi kritikan kepada salah seorang peserta, Tia Jinbara.

Berdurasi 38 saat, video itu disunting dengan memasukkan keratan lagu Mans Not Hot nyanyian Big Shaq.

Hasilnya, komen Hetty yang serius bertukar menjadi sesuatu yang cukup mencuit hati.

Selepas dimuat naik pada Ahad lalu, video itu telah merekod lebih 300,000 tontonan dan lebih 40,000 retweet.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan video itu dan memuji idea Zakwan.

“Sakit perut ketawa, memang kreatif orang yang menyunting video ini,” kata pengguna Twitter dengan nama @evelynners.

“Memang bagus, saya tunjuk video ini kepada semua orang,” tulis seorang lagi pengguna, @aimykhairina.



Source link

read more

[VIDEO] Vokalis kumpulan rock Panji meninggal dunia – Nasional


DUNGUN 10 Dis. – Hasrat Norman, vokalis kumpulan rock 90-an, Panji untuk membuat kemunculan semula menerusi sebuah program realiti tv tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia malam tadi.



Video oleh FARID JANUDIN

Norman, 55, atau nama sebenarnya Mohd. Nor Hussin yang popular dengan lagu ‘Sayap Terluka’ menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami muntah darah di rumahnya di Jalan Lembah, Kampung Sungai Buaya di sini.

Pemain bass Panji, Hishamuddin Hassan, 45, berkata, dia dan Norman ditawarkan untuk menyertai program bercorak realiti yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat oleh sebuah stesen tv beberapa bulan lalu.

“Mohd. Nor bersemangat untuk muncul semula walaupun keadaannya agak lemah selepas diserang penyakit yang belum dapat disahkan sejak pertengahan tahun ini.

“Saya berkira-kira untuk menarik diri (menyertai program realiti itu) selepas melihat keadaannya semakin uzur sewaktu menziarahinya tiga minggu lalu,” ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini, tengah hari tadi.

Allahyarham, seorang duda meninggalkan empat orang anak iaitu Mohd. Faris Haikal, 15; Mohd. Fikri Farhan, 14; Mohd. Farith Firzan, 13 dan Nur Lisa Alani Huzma, 11.

Panji yang turut popular dengan lagu ‘Semilir’ dan ‘Kasih Tak Pasti’ pernah tercalon dalam senarai akhir anugerah Artis Baharu Terbaik (Berkumpulan) dalam Anugerah Industri Muzik pertama setelah muncul dengan album debut, ‘Senang’ pada tahun 1993.

Sementara itu, adik Norman, Mohd. Shafie, 54, berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya dan anak sulung, Mohd. Faris Haikal setelah tiba-tiba mengadu sakit dada dan muntah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Kerja-kerja tambakan di pantai Kolam giat dijalankan – Terengganu


KUALA TERENGGANU 10 Dis. – Kerja-kerja menambak dan membenteng semula kawasan pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot dekat sini yang diancam hakisan sedang giat dijalankan bagi mengelak keadaan menjadi makin kritikal.



Video oleh AZLAN BAHRUM

Langkah itu disegerakan atas arahan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini berikutan fenomena air pasang besar yang melanda, dengan peruntukan awal sebanyak RM500,000 untuk mengekang kejadian tersebut.

Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati, hakisan di kawasan pantai sudah mula menghampiri jalan raya hingga menyebabkan benteng yang ditambak sebelum ini runtuh.

Difahamkan, hakisan tersebut membabitkan jarak sejauh kira-kira 400 meter.

Sebahagian laluan telah ditutup bagi memudahkan kerja-kerja membaik-pulih dilakukan.

Seorang penduduk, Muhamad Suffla A. Latif, 38, berkata, keadaan makin meruncing malam tadi apabila batu-batu yang ditambak jatuh dibawa ombak.

“Nelayan pula terpaksa melabuhkan bot ke kawasan lain kerana bimbang kejadian yang lebih teruk,” katanya kepada pemberita. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Pemanas manfaat promosi E-Paper – Politik


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Ikon-ikon Mahasiswa 2017 Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) tidak melepaskan peluang memuat turun aplikasi E-Paper Utusan Malaysia.



Video oleh MOHD. ATHIR ISMAIL

Terdapat tawaran E-Paper percuma sehingga 12 Disember bagi para pengunjung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dekat Jalan Utusan berhadapan bilik Pulau Pinang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Rata-rata Ikon Mahasiswa 2017 dari pelbagai insititut pengajian tinggi tempatan awam dan swasta berpendapat E-Paper Utusan Malaysia mudah diakses di mana-mana dan bila-bila masa.

Utusan Malaysia menawarkan promosi istimewa sepanjang PAU berlangsung yang akan berakhir pada hari esok seperti tawaran diskaun berganda dengan harga RM30 bagi langganan setahun dan RM50 pula untuk dua tahun.

Sementara tawaran khas kepada para perwakilan pula adalah setahun langganan E-Paper percuma bermula 5 Disember lalu hingga 4 Disember 2018.

Selain mendapatkan E-Paper, para Ikon Mahasiswa 2017 daripada Pemanas itu turut melawat Jalan Utusan untuk melihat pameran dan menyertai aktiviti bersama kakitangan Kumpulan Utusan.

Lebih manis lagi, mereka turut berpeluang berjumpa dengan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abas dan berkongsi pendapat dan pandangan dengan beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Puteri tekad tambah keahlian – Politik


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Mencontohi kejayaan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabah yang berjaya mencapai keahlian paling ramai iaitu 67,800.



Video oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL

Pergerakan Puteri UMNO tekad untuk terus tambah keahlian sayap itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Penolong Setiauasahanya, Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin, ahli sayap bersama para pemimpinnya sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU tidak lama lagi.

“Penambahan keahlian digerakkan secara berterusan dan jentera memang sudah lama bersedia dengan mendekati masyarakat melalui pelbagai program.

“Sebagai contoh melalui program Puteri Peduli dan jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) dengan kerjasama Wanita UMNO kita mendekati kaum wanita terutama golongan belia.

“Dan melalui setiap program dan gerakan jentera termasuk komunikasi menerusi media sosial, kita menyasarkan penambahan keahlian Puteri,” katanya kepada Utusan Online hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Video tular pelajar dipukul Bapa saudara antara 3 suspek diburu



BANDARAYA MELAKA: Kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sini, Isnin lalu, disahkan ada kaitan dengan klip video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Polis kini telah mengenal pasti dan memburu tiga suspek, termasuk bapa saudara mangsa, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Mohd Kamal Zainal.

Sebelum ini, tiga video berdurasi kira-kira seminit setiap satu tular di media sosial, memaparkan mangsa yang dalam keadaan tidak berbaju dan dipukul menggunakan paip getah selepas dipercayai mencuri duit datuknya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka sekitar 9.45 malam Isnin lalu oleh dua lelaki yang mendakwa menemui remaja berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hentian bas di Ayer Keroh di sini.

Mangsa berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memberi bantuan pernafasan.

Dilaporkan terdapat dengan kesan lebam dan birat pada badan mangsa.

Mohd Kamal berkata mangsa dipercayai dibawa oleh tiga orang suspek berusia 32 hingga 38 tahun termasuk bapa saudaranya, dari Tangkak, Johor ke sebuah bengkel di Krubong, Melaka.

Polis percaya mangsa dipukul akibat perselisihan keluarga.

“Hasil soal siasat terhadap ibu mangsa yang berusia 42 tahun, katanya kali terakhir dia berjumpa anak lelaki tunggalnya itu ialah pada pagi Isnin lalu di rumahnya di Taman Tangkak Jaya, sebelum dia keluar bekerja.

“Ibunya kemudian menerima panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenali memaklumkan anaknya berada di Hospital Melaka sekitar 9.45 malam,” Mohd Kamal memberitahu pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Melaka Tengah petang tadi.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai untuk menghentikan penularan video berkenaan demi menjaga sensitiviti keluarga.

Orang ramai yang juga mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga suspek yang berasal dari Tangkak dan Melaka itu diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran.



Source link

read more

[VIDEO] Juadah percuma di perhimpunan – Nasional


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Siapa sangka mengunjungi ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 memberi rezeki kepada pengunjung apabila dapat menikmati makanan secara percuma di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tinjauan Utusan Online mendapati, pengunjung yang mengunjungi “Food Truck Rakyat” itu dapat merasai pelbagai juadah yang menarik termasuk cendol, rojak dan nasi kerabu.

Malah rata-rata pengunjung yang ditemui menyifatkan inisiatif tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan mereka yang dari luar ibu kota untuk hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurut Abu Salim, 46, dia tidak sangka dengan kehadirannya kali pertama ke perhimpunan itu memberi tuah kerana dapat merasai pelbagai juadah yang jarang ditemuinya.

“Ada di antara makanan yang ditemui di sini jarang di dapati di kawasan saya. Saya sungguh seronok dan tidak melepaskan peluang keemasan ini,” ujarnya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Saadah Hashim, 35, inisiatif itu membantunya untuk meringankan beban perbelanjaan ke perhimpunan itu terutamanya melibatkan kos membeli makanan.

“Terdapat peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan ketika perhimpunan ini, justeru dengan usaha ini saya dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan,” katanya.

Manakala rata-rata pengusaha food truck menyifatkan menyediakan makanan di perhimpunan itu membuka peluang kepada mereka untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota’

‘Food Truck Rakyat’ menyediakan sajian percuma bermula 7 hingga 9 Disember yang dibuka selama lima jam bermula pukul 12.30 tengah hari. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] BN, UMNO terbukti cemerlang terajui negara – Politik


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sokongan kaum India khususnya golongan muda terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat hasil daripada pendekatan proaktif yang diterapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembelajaran Antarabangsa Malaysia (IMEC), Prof. Dr. Selvaraj Oyyan Pillay berkata, peningkatan itu dapat dilihat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini selepas kerajaan dilihat mengutamakan kebajikan semua kaum khususnya India.

Katanya, sebelum Najib menerajui negara, persepsi kaum India terhadap kerajaan jelas kurang meyakinkan apatah lagi dengan perkembangan media sosial menyebabkan pelbagai maklumat disebarkan tanpa sebarang tapisan.

“Sebenarnya dalam 10 hingga 15 tahun sebelum ini, persepsi kaum India secara amnya teragak-agak terhadap kerajaan kerana memikirkan apa yang dilakukan kerajaan untuk mereka. Namun, dalam tempoh lima tahun, mereka merasa inilah kerajaan yang mendekati kaum India sampai ke rumah.

“Bukan sahaja dalam bidang pendidikan dan perniagaan tetapi bantuan diberikan menyeluruh. Walaupun pembangkang menggunakan taktik di media sosial, kaum India tidak mudah terpedaya dan menerima hakikat bahawa kerajaan yang boleh membawa nasib kaum India adalah BN,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai ucapan dasar Presiden UMNO ketika majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Selvaraj berkata, itu satu ucapan yang bagus dan tepat pada masanya.

“Najib mengingatkan rakyat tentang hala tuju negara. Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14), rakyat usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih pembangkang. UMNO dan BN sudah buktikan mereka menjalankan tugas dengan cemerlang selama ini.

“Rakyat memahami ini bukan sekadar cita-cita tetapi fakta dengan prestasi BN di bawah pimpinan Najib telah membawa Malaysia ke tahap dihormati dunia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Minta maaf kepada yang tak selesa geli – Ika Nabella komen video cium mulut



“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut.

“Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi, tapi bila saya toleh ciuman tersebut terkena pada bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar.”

Itu jawapan Ika Nabella ketika diminta mengulas mengenai video boomerang yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini yang menampakkan dia dan suami seakan bercium.

Ika Nabella turut memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang melihat video boomerang tersebut.
 

❤️

A post shared by Malaysian-based Influencer (@ikanabella) on

Tambah Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, ciuman tersebut bukanlah dirancang tetapi berlaku secara tidak sengaja.

“Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami. Malah, kami tidak merancang untuk melakukannya,”ujarnya.

Dia juga  tidak menyangka video tersebut menjadi tular sehingga ada yang rasa tidak senang melihatnya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memahami situasi tersebut dan berasa hairan perkara tersebut boleh menjadi isu.

“Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.

“Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut,” ujarnya.

Buat masa ini Ika belum merancang untuk memadam video tersebut.

Dalam perkembangan lain, bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 6 ini baru sahaja selesai penggambaran filem Awang Gerudi yang akan ditayangkan pada tahun depan.

Sumber: mStar Online
Foto: Instagram Ika Nabella

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons