Vingada bergelut dengan kesukaran | Astro Awani



JURULATIH skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Selain itu, pengendali dari Portugal itu, berkata kekurangan pendedahan dalam perlawanan antarabangsa sebelum membuka kempen Kumpulan B pada pusingan kelayakan itu juga menyumbangkan kepada kegagalannya merancang strategi kejayaan.

Katanya, beliau terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran dalam usaha membawa kejayaan kepada skuad negara pada kempen Piala Asia 2019, namun semuanya berkubur apabila tersingkir daripada pusingan kelayakan itu.

Biarpun mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan sejak mengambil alih jawatan penting itu, Vingada tidak menyalahkan sesiapa malah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan itu.

“Bagaimanapun, saya optimistis skuad negara berada di landasan yang betul ke arah mencapai masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba dengan skuad negara dari Buriram, Thailand, hari ini.

Kekalahan 4-1 berturut-turut dengan Korea Utara di Thailand menjadikan Malaysia pasukan pertama tersingkir dalam Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata selepas tamat lima perlawanan.

Sebelum itu, Malaysia kalah 2-1 dengan Lubnan dan kalah 2-0 kepada Hong Kong selain seri 10-1 dengan lawan sama sebelum berdepan dengan Lubnan, Mac depan.

Dua kekalahan dalam aksi persahabatan yang diatur Ogos lalu turut mencalar reputasi negara terutamanya apabila dimalukan Myanmar 1-0 yang hanya membariskan skuad kedua selain turut tewas 2-1 kepada Syria.

— BERNAMA



Source link

read more

Vingada sedia letak jawatan – Bola Sepak


SEPANG 14 Nov. – Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada sedia meletak jawatan jika pengundurannya mampu merubah nasib Harimau Malaya menjadi pasukan yang lebih baik, selain menyelesaikan segala masalah yang dihadapi ketika ini.

“Kalau pemergian saya dapat menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan ketika ini, siapkan surat dan saya boleh tandatangani serta merta,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu ketika ditemui sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Vingada menegaskan, dia tidak melihat prestasi hambar yang ditunjukkan anak-anak buahnya ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand sebagai satu kegagalan, sebaliknya mengambil keputusan itu dari sudut positif.

Dia juga tidak menganggap semua kritikan yang dilempar kepadanya sebagai sesuatu yang negatif, namun dalam masa sama mahu semua pihak tahu bahawa tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya tidak mudah dan kejayaan tidak boleh diraih dalam tempoh singkat.

“Saya mengambil tanggungjawab atas keputusan yang diraih kerana apabila kita tewas, saya yang mengalami kekalahan dan apabila menang, pasukan yang meraih kemenangan.

“Sememangnya tujuh perlawanan tanpa kemenangan bukan satu keputusan yang baik kerana saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini tetapi saya yakin senario ini pasti akan berbeza pada tahun depan,” katanya lagi.

Selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei lalu, Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan. Kekalahan kepada Korea Utara adalah kemuncak kegagalannya, sekali gus menyebabkan Harimau Malaya gagal ke Piala Asia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Vingada mula terasa bahang – Bola Sepak


BURIRAM 11 Nov. – Selepas dibelasah Korea Utara 1-4 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada kini dihantui tekanan susulan beberapa siri kekalahan sejak mengemudi Harimau Malaya, Mei lalu.

 

Selain tekanan peminat bola sepak yang mahu melihat skuad negara bangkit, persoalan berhubung kedudukan Vingada selaku jurulatih juga turut menjadi topik, semasa sidang media selepas perlawanan di Stadium i-mobile di sini malam tadi.

Berasal dari Portugal, jurulatih berusia 64 tahun ini mempunyai pengalaman kerjaya yang sungguh baik, sebelum ini mengemudi skuad kebangsaan Arab Saudi, jarang mempamerkan emosinya dan menjawab dengan tenang mengenai masa depannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Mengenai jawatan saya, semuanya bergantung kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia),” katanya dan menambah beliau mempunyai kontrak dua tahun dengan FAM.

Menurut Vingada, beliau telah berusaha yang terbaik untuk menghidupkan kembali kegemilangan skuad bola sepak negara dan mengingatkan perjalanan untuk meraih kejayaan masih panjang dengan banyak rintangan dan halangan yang perlu diatasi.

“Saya kecewa dengan kekalahan teruk semalam tetapi saya tidak akan berputus asa,” katanya dan menambah pemain telah berjaya menunjukkan peningkatan dan standard permainan Harimau Malaya dengan pasukan lain tidak jauh bezanya.

Lawan mereka malam tadi, mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada Malaysia, iaitu Korea Utara pernah menyertai Piala Dunia dan kini berada di kedudukan ranking ke-132 dunia.

Bermain dalam stadium yang hampir kosong kecuali dengan kehadiran beberapa warga Malaysia, peminat Korea Utara dan penonton Thailand, pemain Jorn Andersen, sebahagian daripadanya kini menyertai Liga terkemuka di Jepun dan Eropah, dengan mudah menembusi benteng pertahanan Harimau Malaya dengan hantaran tepat dan silang.

“Mereka (Korea Utara) standardnya lebih baik daripada kita,” kata Vingada, juga mengakui perbezaan fizikal antara kedua-dua pasukan juga memberi kelebihan tambahan kepada lawan terutama menguasai hantaran bola tinggi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons