Rolls-Royce Melancarkan Visi IntelligentEngine – Enjin Jet Pintar Yang Mampu Membaiki Diri Sendiri – Amanz


Pemintaran objek bakal hadir ke dalam dunia enjin jet. Di acara Singapore Air Show yang sedang berlangsung hari ini, Rolls Royce berkongsi visi enjin jet pintar mereka iaitu IntelligentEngine yang mempunyai kemampuan memperbaiki diri sendiri tanpa campur tangan manusia.

Enjin jet pintar keluaran mereka di masa hadapan berhubung di antara satu sama lain bagi mempelajari tetapan optimum ketika beroperasi. Ia sentiasa menganalisa komponen dan dengan pembelajaran mesin boleh mengetahui bilakah ia perlu diselenggara.

Dengan data penerbangan yang dikumpul, enjin boleh memberikan saranan kepada juruterbang bagi mengurangkan penggunaan bahan api. Di masa hadapan dengan wujudnya robot pintar, kesemua proses selenggara akan dilakukan tanpa campur tangan manusia. Sebuah lagi kerjaya manusia bakal pupus kerana Revolusi Industri 4.0. Adakah kita suah bersedia?



Source link

read more

Putin bentang visi baharu Rusia untuk pilihan raya presiden



MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin membentangkan visinya untuk memodenkan Rusia dalam pilihan raya presiden pada Mac depan.

Putin akan bertanding sebagai calon bebas, menjauhkan diri dari Parti Rusia Bersatu (United Russia) yang dilaporkan penuh dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertingginya.

Antara perincian dalam visi tersebut termasuk insentif yang meluas untuk perniagaan di Rusia, menghapuskan rasuah dan lebih dana untuk penjagaan kesihatan dan sistem pendidikan.

Menurut Putin, sasarannya adalah untuk menjadikan negara berkenaan, yang kini berusia 1,000 tahun, lebih muda dan bertenaga.

Putin, 65 tahun, mempunyai sokongan sebanyak 80 peratus dalam tinjauan yang dilakukan dan dijangka menang mudah untuk mentadbir selama 6 tahun lagi.

Putin sebelum ini pernah menjadi Presiden Rusia untuk dua penggal pada tahun 2000 ke 2008, kemudian menjadi perdana menteri susulan perlembagaan yang melarang penggal ketiga presiden berturut-turut oleh individu yang sama.

Kini, Putin akan menghabiskan penggal ketiganya sebelum pilihan raya tahun depan.

Pentadbiran Putin memberikan Rusia peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi dan kuasa membeli.

Ia dikukuhkan lagi dengan kenaikan harga komoditi dan pengurusan ekonomi serta fiskal yang positif.



Source link

read more

Visi Abang Johari laksana ekonomi digital dipuji



KUCHING: Visi dan inisiatif Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk melaksanakan ekonomi digital dan teknologi dengan mencontohi kejayaan inisiatif e-kerajaan Estonia, dipuji.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat berkata teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini menguasai dunia dan usaha untuk menjadikan Sarawak setara dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah dalam bidang itu jelas merupakan visi yang praktikal dan bijak.

“Menjadi kompeten dalam ekonomi digital pasti akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat pada masa depan,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Jamit juga berkata Bajet Sarawak 2018 mencerminkan komitmen ketua menteri dan kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutama di luar bandar menerusi pelaksanaan pelbagai program dan projek yang sekaligus bakal meningkatkan ekonomi rakyat.

Katanya, bajet itu juga menyokong visi kerajaan negeri untuk memaksimumkan potensi teknologi digital apabila memperuntukkan RM1 bilion bagi infrastruktur dan program digital di bawah inisiatif Ekonomi Digital Sarawak untuk merealisasikan harapan ketua menteri bahawa satu hari nanti Sarawak akan dikenali sebagai s-Sarawak atau Smart Sarawak.

Jamit turut menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk membantu pekebun kecil dan petani menerusi peruntukan RM223 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek dalam Bajet 2018.

Beliau turut menyambut baik langkah kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1 juta untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih sekolah daif di negeri ini termasuk di kawasan diwakilinya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Tan Sri Dr James Jemut Masing semasa menjawab soalan Chiew Chiu Sing (DAP- Tanjong Batu) berkata kemajuan keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar dan dijangka siap pada 30 Jun 2021 seperti dijadualkan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons