Kesejahteraan umat Islam wajar dirasai semua insan – Nasional


TRANG, Thailand 13 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesejahteraan umat Islam sebagai umat yang membawa rahmat ke seluruh alam, sewajarnya dirasai oleh semua insan di dunia ini.

Baginda bertitah, oleh sebab itu, tiada tempat di dalam agama itu ciri-ciri keganasan, sikap yang keras dan inklusif berhubung kebajikan, sebaliknya umat Islam dituntut bekerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan.

“Ini selari dengan tujuan utama mewujudkan kesatuan umat yang bukanlah untuk bermusuh dengan pihak yang lain tetapi adalah untuk bersama-sama membina sebuah tamadun atau peradaban tinggi yang mengimbangi antara pembangunan material dan kebendaan serta keteguhan rohani.

“Sebuah tamadun sejahtera yang membawa kepada kehidupan manusia, kedamaian, hikmah dan kebijaksanaan, merentasi kaum, bangsa, tempat dan juga agama,” titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan majlis Penutupan Seminar Ummatan Wahidah 2018 di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs 2018.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Gabenor Wilayah Trang, Siriphat Phatthakul dan Naibnya, Chaiporn Pattanarak serta ahli-ahli majlis MAIPs dan ahli-ahli jawatan kuasa kewangan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, perbezaan negara juga seharusnya tidak menghalang untuk kedua-dua umat Islam di negara berjiran itu saling bekerjasama membangunkan kekuatan ekonomi, pendidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Sebagai rekod, matlamat utama MAIPs melawat umat Islam di wilayah Andaman ialah untuk menyebarkan misi ummatan wahidah, iaitu umat yang satu, yang mencintai kebaikan dan kedamaian dalam kalangan manusia.

Pada masa sama, MAIPs yang diterajui baginda selaku Yang Dipertuanya berhasrat saling membantu membina tamadun dan kemajuan hidup sesama umat Islam agar menjadi penyumbang kebaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum, bangsa, negara dan agama.

Antara ahli panel di seminar yang dihadiri 400 peserta tersebut ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Rektor Universiti Fatoni Dr. Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh yang dipertua-yang dipertua majlis agama Islam di enam wilayah Andaman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakyat Malaysia ditahan di Pakistan wajar diekstradisi – Nur Jazlan



JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes penyeludupan senjata api di Pakistan baru-baru ini wajar diekstradisi dalam usaha mengesan rangkaian serta tindakan yang telah dirancang berkaitan aktiviti keganasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti keganasan hidup bebas di negara lain.

Sehubungan itu tegasnya, suspek terbabit dipercayai mempunyai matlamat kembali ke Malaysia dan akan membuat keganasan.

“Kita pihak polis sentiasa bekerja ke arah membenteras aktiviti keganasan dan terbukti rakyat Malaysia ini (suspek) cuba membawa balik senjata dan sebagainya ke Malaysia yang bertujuan untuk melakukan aktiviti keganasan.

“Kita tetap hendak dia (suspek) balik, dia mesti ada rangkaian rakan-rakan dan kita hendak tahu apa yg dia sudah rancang untuk dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketidakpuasan hati netizen yang mempersoalkan tindakan ekstradisi seorang warganegara Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Karachi Pakistan pada 22 Disember lalu kerana menyeludup senjata api.

BACA: Malaysia kemuka ekstradisi, bawa pulang penyeludup senjata api – TPM Zahid

BACA: PDRM kerjasama dengan polis Pakistan, kenal pasti motif seludup senjata api

BACA: Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

BACA: Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

Nur Jazlan berkata pihaknya kini sedang meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi proses ekstradisi lelaki yang berasal dari Serian, Sarawak.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, pemuda itu ditahan di lapangan terbang itu ketika hendak menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Bangkok menggunakan penerbangan Thai Airways.

Lelaki itu ditahan bersama empat pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyikan  dalam ruangan rahsia pada kotak barangan serta tapak kasut miliknya.



Source link

read more

Pelaksanaan sistem menyentuh umat Islam wajar diperjelas terlebih dahulu – PUM



KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berkata pelaksanaan sebarang sistem yang menyentuh umat Islam secara langsung wajar diperjelaskan kepada mereka terlebih dahulu.

Ini bagi mengelak persoalan seperti yang berlaku dengan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah yang mana pelaksanaannya dibatalkan pada Sabtu.

Dalam kenyataan mengenai perkara itu, Yang Dipertua PUM Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata persatuan itu mengalu-alukan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menarik balik penggunaan sistem IMAMS.

“Sewajarnya  pelaksanaan sistem sebegini diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat terutama masyarakat Islam yang terlibat secara langsung dalam urusan umrah dan haji.

Jangan ada sistem-sistem yang diperkenalkan menambah  bebanan kepada mereka. Elakkan juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sistem yang dibuat,” katanya.

“Apapun, syabas di atas keputusan menarik balik penggunaan sistem IMAMS ini,” kata Syeikh Abdul Halim.

Pembatalan itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin selain Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rashidi Hasbullah.

Mas Ermieyati memberitahu sidang media khas kemudian bahawa kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan dalam menangani isu penipuan pakej umrah di negara ini.

Pelaksanaan IMAMS pada asalnya berkuat kuasa pada Jumaat namun ia mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana antara lain dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu turut menyokong pembatalan berkenaan.

“Kami  menerima  pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai yang menyatakan kegelisahan mereka berkenaan sistem IMAMS yang baharu diumumkan ini dan telah menyampaikan maklum balas tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

— BERNAMA



Source link

read more

Persatuan sukan di Malaysia wajar contohi Azerbaijan – Sukan



BAKU (AZERBAIJAN) 24 Nov – Persatuan sukan di negara ini wajar mencontohi dalam mencari formula untuk melahirkan atlet bertaraf dunia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain memiliki kemudahan asas untuk sukan termasuk gelanggang pertandingan yang lengkap, Azerbaijan juga sentiasa berjaya melahirkan atlet pelapis yang berterusan.

“Persatuan sukan di Malaysia wajar membuat kunjungan ke gelanggang-gelanggang sukan yang canggih di Azerbaijan ini, terutama sekali dalam sukan tempur seperti judo, taekwando dan menembak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas mengadakan lawatan ke beberapa gelanggang sukan bertaraf dunia di sini semalam.

Tuanku Syed Faizuddin berada di Azerbaijan sebagai mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Antara lokasi sukan yang dilawat baginda semalam ialah Kompleks Renang Su Idamani Sarayi-Aquatic Palace yang berkapasiti 7,000 kerusi, lengkap dengan kolam bersaiz Olimpik, sukan terjun basah dan kering, polo air dan gimnasium.

Baginda yang diiringi Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman turut melawat Arena Gimnastik MiLLi yang terletak di Heydar Aliyev Avenue.

Sebelum itu baginda turut melihat kemudahan tercanggih yang disediakan di Stadium Olimpik Baku ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala juara-juara (UEFA) Eropah di antara kelab tempatan, Qarabagh FC menentang Chelsea di atas undangan Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat minyak dan gas Azerbaijan iaitu Azersun En Savas Uzan (Azersan). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bapa wajar diberi cuti bersalin sebulan – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memperjuangkan pelaksanaan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, meskipun ia memakan masa namun kementeriannya tidak akan berganjak daripada perjuangannya itu.

“Pelaksanaan cuti bersalin satu bulan kepada warga bapa bukan sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan di banyak negara serta terbukti keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Swedish Dad and Malaysian Dad di sini hari ini.

Azizah menambah,  cuti bersalin untuk bapa bagi sektor kerajaan adalah satu minggu manakala sektor swasta adalah bergantung kepada sesebuah syarikat itu sendiri.

Beliau menyifatkan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja adalah tidak mencukupi. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Wajar kembalikan sekolah aliran Inggeris – PAGE



KUALA LUMPUR: Sekolah aliran Inggeris wajar dikembalikan bagi memastikan penguasaan guru dan pelajar dalam bahasa perantara itu berada pada tahap terbaik.

Menurut Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, kemahiran berbahasa Inggeris akan meningkatkan kebolehpasaran dan taraf ekonomi seseorang.

“Sekolah aliran Inggeris dapat melahirkan guru-guru yang berkebolehan dalam bahasa tersebut dan ia sangat diperlukan dalam sistem pembelajaran masa kini.

BACA: Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula – Abdul Rahman

“Kami menyokong penubuhan beberapa sekolah aliran Inggeris di negeri-negeri seperti Johor, Sabah dan Sarawak.

“Sekolah aliran Inggeris itu, akan menggunakan pendekatan dan prinsip pengajaran seperti kurikulum di Singapura dan Britain,” katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan konsep ‘Satu Sekolah Untuk Semua’ perlu diterapkan mengikut kesesuaian masa.

“Sekolah jenis kebangsaan sedia tidak perlu ditutup sebaliknya wajar ditambah baik kualiti pendidikan sebelum menerapkan konsep tersebut,” katanya.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula di negara ini bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar agar mereka mampu bersaing dalam dunia yang penuh cabaran pada masa akan datang.



Source link

read more

Larangan pekerja bertudung di kaunter depan hotel tidak wajar berlaku di Malaysia – Pas



KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di kaunter depan (frontdesk) tidak seharusnya berlaku di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan.

Malah Nasruddin menganggap larangan terhadap wanita muslimah memakai tudung sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah suatu tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam.

Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan beliau tidak pernah melihat larangan serupa ketika berada di luar negara.

“Umat Islam sendiri tidak bebas untuk mengamalkan ajaran Islam di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedang hotel-hotel tersebut beroperasi dalam negara ini.

“Memakai tudung diketahui kewajipannya oleh umum. Larangan sekalipun hanya waktu mereka bertugas adalah tindakan yang boleh dilihat mencabar sensitiviti umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk),

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

BACA: Tarik balik lesen hotel larang wanita bertudung bekerja di kaunter depan – Nurul Izzah

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan MAH, Nasruddin menjelaskan Pas akan mengusahakan pertemuan dengan persatuan tersebut dan pihak lain yang terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Ini untuk menjelaskan perkara ini serta mengembalikan hak beramal dengan Islam kepada wanita muslimah yang bekerja di mana-mana sektor,” katanya .

Nasruddin turut membandingkan isu larangan tersebut dengan isu sebuah kedai dobi “hanya untuk muslim sahaja” yang mendapat perhatian banyak pihak.

Isu kedai dobi di Muar itu kata Nasruddin telah menjadikan negara gegak gempita dengan semua pihak mahu memberi reaksi.

“Malangnya tiada pembelaan wajar dari orang ramai terhadap wanita muslimah yang ingin mengamalkan tuntutan agama, tiada juga kecaman kepada mana-mana hotel yang menafikannya.

“Ia bukan sahaja memperlihatkan ‘double standard’, tetapi jelas mereka masih tersangkar dalam pengaruh Islamofobia meskipun mereka menafikannya,” katanya tanpa menyatakan dengan jelas pihak yang dimaksudkannya itu.



Source link

read more

Duterte akan berurusan dengan Trump melalui cara paling wajar



MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata pada Ahad, beliau akan berusan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan ‘cara yang paling wajar’.

Mereka dijadualkan bertemu bulan depan untuk membincangkan tentang keselamatan serantau dan agenda Manila memerangi dadah.

Trump bakal melawat Asia pada 3 hingga 14 November di tengah-tengah ketegangan berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Beliau akan berada di Manila pada akhir lawatan yang dimulai dengan kunjungan ke Jepun, Korea Selatan, China, dan Vietnam, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN.

Trump akan bertemu Duterte tetapi tidak akan menghadiri mesyuarat yang lebih besar di Manila bersama ketua-ketua negara dan kerajaan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, Australia dan New Zealand.

“Saya berharap dapat berbincang dengan beliau berkenaan topik aktiviti keganasan, kerjasama antara kedua-dua negara dan perjuangan bagi memerangi dadah,” kata Duterte ketika sidang media sebelum berlepas ke Jepun untuk bertemu dengan Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Saya akan berurusan dengan Presiden Trump dengan cara yang paling wajar, mengalu-alukan beliau sebagai pemimpin penting.

“Saya akan mendengar apa yang ingin beliau katakan,” ujar Duterte.

Duterte sebelum ini kerap memberi kata-kata kesat terhadap AS, misalnya memarahi Washington kerana melayan Filipina ‘seperti anjing’, walaupun hubungan kedua-dua negara telah lama terjalin.

Presiden Filipina itu telah mengumumkan ‘perpisahan’ beliau dari AS semasa lawatannya ke Beijing setahun yang lalu, sekali gus mengisytiharkan rundingan bersama China lantaran kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan mengenai Laut China Selatan menerusi perbincangan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons