KKLW peruntuk RM1 juta bantu tingkat pendapatan usahawan wanita


KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM1 juta tahun ini kepada Felcra Berhad bagi membantu usahawan Dinamis Felcra (Wadira) berbanding RM750,000 yang disalurkan tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menyediakan RM4.3 juta setahun kepada Felcra sejak ia dikorporatkan pada 1977 dan daripada jumlah itu, RM300,000 diperuntukkan untuk aktiviti kursus, bantuan modal dan peralatan kepada anggota Wadira yang terdiri daripada isteri peserta dan kakitangan Felcra.

“KKLW akan terus komited dalam membantu Wadira bagi meningkatkan pendapatan golongan wanita menerusi pelbagai program khas lain,” katanya pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Perdana Wanita Dinamias Felcra (Wadira) oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan Pakatan Harapan yang memfailkan saman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata ia berpunca daripada anggota Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut.

“Nampak jelas anggota PPBM yang tidak puas hati, banyak laporan dibuat kepada ROS daripada anggota PPBM sendiri. Mereka tidak puas hati dengan kepimpinan mereka, ada yang tidak puas hati dari segi mesyuarat agung sebab saya percaya perlembagaan parti bunga ini lebih kurang sama dengan UMNO.”

“Saya difahamkan mereka (anggota PPBM) tidak puas hati kerana ketika mengadakan mesyuarat agung, yang menjadi perwakilan bukan daripada cawangan atau bahagian tetapi ada sahaja nama-nama lain, itu yang tidak puas hati dan minta ROS batalkan,” katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Wanita ditemui dengan usus terkeluar batang besi disumbat dalam faraj



DINAJPUR, India: SEORANG wanita ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di bawah jambatan dekat selatan Dinajpur, India.

Amat menyayat hati, sebahagian usus kecilnya terkeluar, kesan rodokan batang besi.

Mangsa dipercayai terbaring di bawah jambatan berkenaan selama lebih kurang 18 jam sebelum ditemui.

Menurut laporan dia diserang ketika pulang daripada pesta, dirogol beramai-ramai sebelum dikemaluannya dirodok dengan batang besi hujung minggu lalu.

Menurut Dhamu Soren, dia terlihat mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memercikkan air ke wajahnya bagi mengejutkannya.

“Pada ketika itu, saya sedar sebahagian usus kecil mangsa terkeluar dari bahagian sulitnya” kata Dhamu menceritakan detik dia menemui mangsa.

BACA: Ibu dua anak mati diperkosa, kemaluan dirodok jek kereta

Penguasa Perubatan, Amit Kumar Dawn mengesahkan mangsa mula beri reaksi positif selepas sepasukan doktor pakar menjalankan pembedahan kecemasan.



Source link

read more

Keji Wanita ini selamba sidai sotong kering dalam pesawat



TANPA menghiraukan penumpang lain, seorang wanita tidak dikenali bertindak melakukan sesuatu yang amat janggal di dalam sebuah pesawat — mengeringkan seluar dalam pada lubang penyaman udara.

Kejadian pelik ini dilapor berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Ural yang berlepas dari Antalya, di utara Turki ke ibu negara Rusia, Moscow.

Beberapa saksi berkata wanita tersebut tanpa segan silu membalik-balikkan seluar dalam itu bagi memastikan ia kering sepenuhnya.

Yang peliknya, penumpang lain seakan membiarkan saja dia dengan tindakannya itu tanpa berusaha untuk menegurnya.

Ada yang berpendapat bahawa seluar itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang menaiki pesawat tersebut bersamanya.

Walaupun kejadian ini mungkin amat jarang berlaku, namun ramai yang berpendapat ia sesuatu yang biasa kerana banyak lagi perkara menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam pesawat, antaranya penumpang berdengkur kuat dan juga membuka kasut dengan bau stoking yang busuk.



Source link

read more

Naib Pengerusi Wanita MCA angkat sumpah senator


KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Ong Chong Swen hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini.

Beliau yang dilantik buat pertama kali, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Ong, 68, yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan berkelulusan Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya dan terlibat dalam bidang politik sejak 1998.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara itu, Ong berkata pelantikan tersebut memberi peluang kepadanya untuk mengangkat isu perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya berpendapat nilai perpaduan seperti kejujuran, kesetiaan yang diamalkan generasi terdahulu perlu dikembalikan dalam masyarakat hari ini dan kita tidak harus dipisahkan dengan komen negatif yang boleh menyebabkan setiap kita terasa hati,” katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Wanita Arab Saudi kini dibenar berniaga tanpa kebenaran mahram



RIYADH: Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi secara rasmi mengumumkan golongan wanita Arab Saudi dibenarkan bergiat dalam bidang perniagaan tanpa kebenaran mahram.

Negara yang terkenal dengan undang-undang ketat terhadap wanita itu bertindak demikian sebagai usaha ke arah menjadi masyarakat lebih terbuka selain tuntutan sektor swasta yang makin mendesak.

Perubahan dasar yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Khamis lalu disifatkan sebagai satu langkah besar berbanding amalan sistem mahram yang ketat sejak berdekad lalu.

“Kaum wanita kini boleh jalani perniagaan dan mendapat faedah daripada perkhidmatan elektronik (e-perkhidmatan) tanpa perlu membuktikan kebenaran daripada penjaga,” kata kementerian berkenaan di laman web rasminya.

Sebelum ini, wanita Arab Saudi dikehendaki mengemukakan bukti kebenaran mahramnya dalam banyak urusan yang melibatkan dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran di bawah sistem penjagaan Arab Saudi.

Pertama kali dalam sejarah, kerajaan Arab Saudi telah membuka 140 jawatan bagi wanita di lapangan terbang dan zon lintasan sempadan, hingga menerima sehingga 107,000 permohonan.

Sebelum ini, sejarah tercatat di bumi Arab Saudi apabila larangan mengenai wanita yang tidak dibenarkan memandu dan juga menghadirkan diri di tempat umum seperti menonton perlawanan di stadium, dimansuhkan.

BACA: Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

BACA: Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



Source link

read more

Bintang hiburan wanita Britain tuntut jenayah seksual dihentikan – Luar Negara


LONDON 18 Feb. – Seramai 190 bintang hiburan wanita terkemuka negara ini menandatangani surat terbuka menuntut supaya jenayah gangguan seksual dihentikan, menjelang anugerah filem terbesar Britain.

Surat yang diterbitkan pada hari ini telah ditandatangani oleh pemenang Anugerah Academy Emma Thompson, Naomie Harris, Emma Watson, Gemma Arterton dan ramai lagi.

Malah, kesemua bintang berkenaan merancang untuk memakai pakaian serba hitam bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa jenayah seksual pada Anugerah Filem Academy British hari ini. – AP



Source link

read more

Wanita Arab Saudi dibenar buka perniagaan tanpa izin lelaki – Luar Negara


RIYADH 18 Feb. – Wanita negara ini kini boleh membuka perniagaan sendiri tanpa perlu meminta kebenaran daripada suami atau saudara lelaki, selaras dengan usaha kerajaan Arab Saudi untuk mengembangkan sektor swasta.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya, wanita juga akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan daripada penjaga.

Sebelum ini, di bawah sistem penjagaan Arab Saudi, wanita dikehendaki untuk mengemukakan bukti kebenaran daripada penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan apa sahaja dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.

Putera Mahkota Mohammed Salman telah memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP



Source link

read more

Wanita disangka mati dikebumi cuba meronta keluar dari kubur selama 11 hari



BRASILIA: Seorang wanita yang dipercayai telah dikebumi ketika masih bernyawa didapati cuba meronta keluar dari dalam kerandanya setelah dikebumi selama 11 hari, sebelum akhirnya mati semula.

Saudara-mara Rosangela Almeida dos Santos, 37, berkata wanita itu cuba untuk membebaskan dirinya dari keranda yang telah tertutup rapat dan dipaku, dan dari kuburnya yang dibina menggunakan konkrit.

Dalam video yang telah tular di Brazil, saudara-mara wanita itu bertungkus-lumus cuba menyelamatkan Rosangela berikutan aduan seorang yang terdengar suara jeritan di kawasan perkuburan di Riachao das Neves.

Mereka bagaimanapun hanya menemui jasad wanita itu yang sudah dalam kedudukan beralih dengan kapas yang disumbat di rongga kepalanya sudah tertanggal.

Tangan dan dahi Rosangela juga dikhabarkan berdarah, sebagai ‘bukti’ dia berusaha untuk membebaskan dirinya dengan menumbuk, mencakar dan menghantukkan kepala dari dalam keranda itu.

Cerita tersebut telah mendapat liputan pelbagai portal berita antarabangsa, namun masih banyak persoalan logik yang ditimbulkan mengenai kisah sebenar di sebalik kekecohan itu.

Sebelum pengebumian, semua orang menyangka Rosangela telah meninggal dunia akibat ‘kejutan septik’ selepas dua serangan kardiak. Pengebumiannya dibuat pada 28 Januari lalu.

Seorang saksi yang terdengar jeritan Rosangela selepas 11 hari pengebumian turut berkongsi kisah itu.

“Apabila saya berdiri di depan kuburnya, saya terdengar bunyi hentakan kuat dan berulang dari dalam.

“Mula-mula saya sangkakan ada kanak-kanak yang bergurau dengan saya di kawasan itu. Kemudian saya terdengar suara dengusan kuat,” kata Natalina Silva yang kemudian segera meminta bantuan.

Media tempatan melaporkan, terdapat 500 orang membanjiri kawasan itu ketika khabar itu tersebar, sebahagian cuba menukul struktur konkrit kubur Rosangela, manakala lebih ramai yang datang untuk melihat kejadian aneh itu.

Sejurus jasad Rosangela dikeluarkan, semua orang mahu menyentuhnya. Mereka mendapati suhu tubuh Rosangela masih hangat, namun dia sudah benar-benar tidak bernyawa.

Pihak polis dilaporkan menyoal siasat keluarga Rosangela termasuk mengumpul data klinikal daripada pihak hospital.

Semua orang di Brazil kini menunggu hasil siasatan itu. Semua tertanya-tanya – bagaimana seseorang yang belum meninggal dunia, boleh diisytihar mati hingga akhirnya kebumi sebelum waktunya?

Antara persoalan yang muncul adalah: Pada hari ke berapakah selepas pengebumian, Rosangela tersedar dan cuba untuk membebaskan dirinya? Jika benar dia tersedar sejurus dikebumi, bukankah agak mustahil untuk seseorang terus bernyawa selama 11 hari dalam situasi sebegitu?

Apa pula pandangan anda?



Source link

read more

Enggan berpisah dengan beg tangan wanita sanggup masuk mesin X-ray



SEORANG wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api kerana bimbang beg tangannya dicuri.

Insiden pelik itu berlaku pada Ahad lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.

Wanita itu pada mulanya dilihat meletakkan beg pakaian melalui pengimbas X-ray sebelum berjalan ke pos pemeriksaan keselamatan sambil memegang beg tangannya.

Namun pegawai keselamatan memberitahu bahawa beg kecil itu juga perlu diperiksa dan wanita itu kemudian bertindak di luar jangkaan.

Pegawai keselamatan bertugas memantau skrin pengimbas X-ray berkenaan terkejut apabila melihat imej seorang wanita yang masih memakai kasut tumit tinggi dalam keadaan berlutut.

Menurut laporan metro.co.uk, pegawai keselamatan tidak menyatakan kandungan di dalam beg tangan wanita berkenaan dan percaya ia mungkin sejumlah wang yang diberi sebagai hadiah sempena Tahan Baharu Cina.

Wanita itu kemudian memeriksa beg tangannya dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons