Chong Wei, Srikanth berentap lagi


27Chong.transformedMO, 27/4/2018, KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitungan dengan K Srikanth di suku akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China hari ini – pertembungan ketiga kedua-dua pemain itu dalam tempoh 12 hari sejak Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Pertembungan antara kedua-dua pemain itu berjaya direalisasikan selepas masing-masing melepasi halangan pusingan kedua dengan Chong Wei terpaksa bangkit sebelum menjinakkan wakil Indonesia, Anthony Ginting 16-21, 21-9, 21-11 dalam tempoh satu jam.

Bagaimanapun, Srikanth dari India dan menduduki ranking kelima dunia itu tidak perlu banyak mengeluarkan peluh apabila lawannya dari Hong Kong, Vincent Wong menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggalan 7-2 di set pertama.

Pertembungan kedua-dua pemain itu pasti menarik selepas pertemuan di Sukan Komanwel Gold Coast terikat 1-1, dengan Srikanth menewaskan Chong Wei dalam acara final berpasukan campuran sebelum jaguh perseorangan negara yang menduduki ranking ketujuh dunia itu bangkit menebusnya ketika final acara perseorangan.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tumpas kepada Berry Angriawan-Hardianto Hardianto di suku akhir Terbuka Singapura, tahun lalu berjaya menebus kekalahan itu apabila menang 21-16, 21-18 dalam masa 35 minit.

V Shem-Wee Kiong yang juga pilihan kelapan bakal berdepan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda di suku akhir, selepas gandingan Jepun itu berjaya mengalahkan wakil tuan rumah, He Jiting-Tan Qiang 21-16, 21-17.

Kali terakhir beregu lelaki negara meraih kejuaraan melalui Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2006 dan 2007.

Bagaimanapun, perjalanan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti apabila tewas 16-21, 24-26 kepada Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto dari Indonesia.

Nasib sama turut menimpa beregu wanita negara, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi selepas tersungkur di tangan pilihan kelapan dari China, Du Yue-Li Yinhui 18-21, 10-21.



Source link

read more

PM hails Chong Wei over spectacular CG18 gold medal win


Gold Coast 2018 Commonwealth Games

MO,15/4/2018, KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has congratulated Datuk Lee Chong Wei for contributing a gold medal to Malaysia’s 2018 Commonwealth Games (CG18) medal tally. It is the third gold medal for Chong Wei at the Commonwealth Games’ men’s badminton single, after winning it in 2006 and 2010.

“Great Datuk @LeeChongWei, amazing win! Each swing of the racket has brought along the spirit of 30 million Malaysians! Congratulations to Malaysia’s sixth gold at #GC2018,” Najib wrote on his Twitter page.

In the match at the Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei beat world number one player, K. Srikanth from India 19-21, 21-14, 21-14.

– BERNAMA



Source link

read more

Lee Chong Wei Rise of the Legend sarat permainan emosi


APABILA bercakap tentang filem biopik, perkara pertama yang biasanya akan dinilai penonton adalah jika filem itu berjaya memaparkan a glimpse of one’s life, tidak kira siapa pun dia, yang menjadi subjek filem tersebut.

Jika itulah yang elemen penting bagi menarik penonton ke panggung, filem Lee Chong Wei: Rise of the Legend ini pastinya akan memberi kepuasan.

Tapi bagi penulis, ada sesuatu yang mengganggu fikiran tatkala selesai menonton tayangan perdana versi director’s cut berdurasi 133 minit, baru-baru ini.

BACA: Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records

Mungkin kerana ia versi khas yang lebih panjang, ada beberapa babak agak meleret, sehingga tanpa sedar penulis menghela nafas panjang apabila babak itu tamat.

Bagi sebuah filem yang penuh dengan permainan emosi yang naik turun, garapan skrip dan dialog amat penting dan penulis skrip berjaya membuai penonton untuk sama-sama menyelami setiap kesedihan, kesukaran, keperitan, kebanggaan dan kegembiraan yang dipaparkan.

Lakonan Tosh Chan tidaklah mengecewakan sebagai Lee Chong Wei. Harus diakui bukan senang untuk memberi karakter tersendiri pada watak ikonik itu, namun limpahan emosi anak muda ini perlu diberi pujian.

Luahan emosi Tosh Chan sebagai Lee Chong Wei wajar diberi pujian.

Kredibiliti Datuk Rosyam Nor pula tidak perlu dipertikaikan sebagai Datuk Misbun Sidek.

Bercakap tentang Misbun, penulis agak terkilan kerana struggle yang dilalui Chong Wei bersama Misbun, tidak diperincikan.

Seperti yang diketahui ramai, Chong Wei melalui rejim latihan yang cukup mencabar bersama Misbun, yang menjadikan beliau cukup tahan lasak untuk berdepan dengan mana-mana pemain.

Penulis menantikan untuk menyaksikan ‘rejim kejam’ itu. Sayangnya, ia tidak digambarkan seperti yang diharapkan penulis. Sebaliknya, hanya interaksi dan luahan kata-kata antara Chong Wei dan sifunya itu yang lebih menjadi fokus.

Babak sesi latihan fizikal pula mengingatkan penulis kepada babak dalam filem Ola Bola, biarpun mengambil latar persekitaran yang berbeza. Tidak dapat dipastikan jika sesi latihan fizikal ini adalah adaptasi situasi sebenar atau hanya babak yang dimasukkan untuk menambah elemen dramatik.

Babak latihan fizikal mengingatkan penulis kepada salah satu babak yang hampir serupa dalam filem Ola Bola.

Babak perlawanan badminton juga wajar dipuji. Permainan angle dan kamera yang baik, berjaya membuat penonton tidak senang duduk.

Secara keseluruhan, ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Pengarah, Teng Bee, penulis kira, masih berjaya menyelami di sebalik kejayaan seorang manusia hebat bernama Lee Chong Wei.

Rakyat Malaysia, turunlah ke pawagam. Mungkin inspirasi hidup yang anda cari, akan ditemui dalam filem ini.

Rating: 3.5



Source link

read more

Filem Chong Wei inspirasi buat rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR: Filem berjudul ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ bukan sekadar filem untuk ditonton tapi mampu menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata filem biopik yang akan menemui penonton di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) pada 15 Mac ini memaparkan apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Lee Chong Wei bahawa bakat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pemain badminton terbaik.

Katanya, kisah hidup pemain di ranking kedua dunia itu perlu menjadi iktibar dan inspirasi kepada rakyat khususnya generasi muda yang meminati sukan terutama badminton.

“Chong Wei pernah beritahu saya, bahawa bakat sahaja tidak cukup. Kata Chong Wei semua yang main di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ada bakat tapi apa yang buat dia terbaik adalah kesediaannya untuk bekerja lebih keras dan keinginan untuk jadi yang terbaik.

“Malam ini kita saksikan kisah seorang lagenda tanahair, kisah hidup seorang wira Malaysia yang akan beri inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada majlis tayangan perdana sedunia filem Lee Chong Wei di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

“Chong Wei telah menjadi hero kepada Malaysia dan kisah mengenainya akan menjadi bualan pada generasi akan datang. Filem pengkisahan ini dapat bina inspirasi kepada semua,” katanya.

Pada majlis tayangan perdana itu, Khairy antara yang menyertai acara permaidani merah bersama-sama Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Chong Wei serta isteri Datin Wong Mew Choo dan dua anak lelaki, Kingston dan Terrance Lee.

Turut sama dalam acara itu sebelum tayangan bermula ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek, Datuk Jailani Sidek dan Rahman Sidek.

Sementara itu, Misbun, yang juga watak utama dalam kejayaan Chong Wei, berkata beliau yakin tayangan filem berdurasi 133 minit itu mampu memberi gambaran jelas mengenai sukan badminton di mata rakyat Malaysia.

“Dengan adanya filem ini, ia akan beri banyak pengertian dalam arena sukan badminton untuk masa depan,” katanya.

Nada yang sama disuarakan bekas jaguh beregu negara Jailani yang berharap agar ibu bapa di negara ini terus memberi sokongan kepada anak mereka yang mahu menceburi sukan badminton.

“Kepada ibu bapa yang punya anak minat dalam badminton, filem ini dapat bantu kita untuk bagi motivasi dan galakkan kepada anak agar berjaya dalam badminton.

“Mereka (anak-anak) patut contohi Chong Wei yang sentiasa mengharumkan nama negara,” katanya.

Datuk Rosyam Nor, yang memegang watak Misbun, pula berkata sejarah bukan sahaja tercipta dengan tayangan perdana di hadapan 20,000 penonton tetapi juga rakyat dapat menghayati detik kejayaan jaguh badminton negara itu.

Pengarah filem Teng Bee pula berkata beliau berbangga dengan kehadiran penonton malam ini yang mencerminkan semangat kenegaraan yang tinggi.

“Saya bangga sebagai rakyat Malaysia,” katanya yang teruja dengan sambutan daripada masyarakat berbilang kaum yang sama-sama hadir untuk tayangan perdana itu. — Bernama



Source link

read more

Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records Asia Book of Records



FILEM yang berkisarkan tentang kisah hidup jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.

Tayangan perdana yang julung kali diadakan itu dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai tayangan perdana filem yang bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di peringkat Asia.

Filem Lee Chong Wei juga telah menerima satu lagi anugerah daripada The Malaysia Book of Records iaitu paparan skrin terbesar LED berukuran 40 meter X 17 meter.

Seramai 20,000 orang dalam dan luar negara telah menyaksikan tayangan sulung filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan versi tambahan berdurasi 133 minit.

Filem terbitan bersama Cb Pictures dan Sky Events dengan kerjasama Mahu Picture telah mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi sebuah pawagam mega menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia dan Asia.

Pada majlis ini tetamu turut dihiburkan oleh Nabila Razali dan Priscilla Abby dengan menyanyi lagu tema bertajuk Cahaya Juara.

Filem yang mengisahkan tentang kehidupan pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac ini.

Filem arahan Teng Bee ini turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Jake Eng, Ahsley Hua dan Agnes Lim.



Source link

read more

Stage all set at stadium for screening of Lee Chong Wei film


LEE

MO,8/3/2018, PETALING JAYA: It took 200 people three days to install the giant LED screen on which 20,000 people will be watching Lee Chong Wei: Rise Of The Legend tomorrow at the National Stadium in Bukit Jalil. Measuring 40m wide and 17m tall, the screen consists of 1360 1m x 0.5m LED panels, said event organiser Kenny Wong, director of event organisers SKY Event Management Sdn Bhd.

“It is roughly 20 times the size of a typical cinema screen,” he said in a phone interview. “We consulted engineers while planning it, and this is the largest we could build the screen, after taking into consideration safety issues and cost.” Work on the structure began at midnight last Saturday, and the screen was completed on Tuesday afternoon. To ensure a good viewing experience for everyone at the premiere, the organisers first surveyed the seating layout in the stadium to gauge how many people they could accommodate. They also checked the sound quality.

Directed by Teng Bee, Lee Chong Wei: Rise Of The Legend is a biographical film on Datuk Lee Chong Wei’s life, and the shuttler himself is expected to be at the premiere, along with his family. Friday’s world premiere will feature a special 133-minute director’s cut – the official cinema release only runs for 110 minutes – and is set to enter the Malaysia Book of Records and Asia Book of Records as the largest movie screening ever. The movie is set for release in GSC cinemas on March 15.

–TheStar



Source link

read more

Filem Lee Chong Wei bakal catat sejarah


xPoster-681x1022.jpg.pagespeed.ic.KQVkp7bIELMO, 3/3/2018, KUALA LUMPUR  – Merupakan penaja rasmi filem Lee Chong Wei: Rising of the Legend, syarikat CNI Corporation berusaha untuk membawa rombongan usahawan dari China untuk menghadiri tayangan perdana naskhah berkenaan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac ini.

Bakal menjengah pawagam bermula 15 Mac depan, filem biografi Datuk Lee Chong Wei (LCW) arahan Teng Bee itu dijangka bakal mencatat sejarah selaku filem paling ramai ditonton untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Presiden CNI, Pek Keng Leong berkata, usahawan-usahawan CNI di China difahamkan amat berbangga dan teruja kerana berpeluang mengambil bahagian dalam acara tersebut, sekali gus menghargai keringat pemain badminton nombor satu dunia itu.

“Filem ini diharapkan menjadi motivasi kepada banyak pihak termasuk warga China di samping memahami budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Di samping itu, menerusi penghasilan filem ini, kami juga berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Pada masa yang sama, CNI juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton tayangan perdana versi asli filem ini, 20 minit lebih panjang berbanding yang akan ditayangkan di panggung,” katanya.

Tambah Keng Leong, tiket tayangan boleh ditempah dengan melayari laman sesawang www.myticket.asia atau hubungi terus talian 03-86050195.



Source link

read more

Chong Wei pernah tolak tawaran bookie


21chong1.transformedMO, 20/2/2018, KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui pernah ditawarkan habuan oleh seseorang untuk mengatur perlawanan dalam kejohanan yang disertainya.

Bagaimanapun, pemain nombor dua dunia itu tidak melayan tawaran berkenaan apabila menegaskan yang dia bermain bukan semata-mata kerana wang tetapi demi maruah negara.

“Memang ada orang pernah tawarkan saya (untuk mengatur perlawanan) tetapi bagi saya wang bukan segala-segalanya.

“Apa yang paling penting adalah maruah negara yang perlu dijaga dan ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, hari ini.

Justeru, sebagai pemain negara yang paling senior, Chong Wei, 36, mengingatkan rakan-rakannya khususnya yang masih muda supaya tidak terjebak dengan kegiatan mengatur perlawanan kerana baginya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Minggu lalu dalam satu laporan eksklusif, Sukan NSTP mendedahkan seorang pemain profesional Malaysia yang pernah beraksi dalam di kejohanan utama seperti Seluruh England dan Kejohanan Dunia, sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan mengatur perlawanan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kemudian mengesahkan bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan oleh BWF.

Mengulas lanjut, Chong Wei yang kini dalam persiapan menghadapi Seluruh England, bulan depan menyifatkan kegiatan mengatur perlawanan membabitkan sukan badminton ketika ini sesuatu yang mencemarkan imej Malaysia sebagai antara kuasa besar sukan berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan, ia mencemarkan nama baik negara dan sukan badminton. Mereka mungkin bukan pemain BAM tetapi mereka masih membawa Jalur Gemilang di dada mereka setiap kali beraksi.

“Sebagai pemain utama dunia, kes ini sangat memalukan. Saya harap kes ini akan segera diselesaikan dan saya tahu BAM akan ambil mengambil tindakan tegas,” katanya.



Source link

read more

Police investigation into fake Lee Chong Wei sex video underway


1506167154_lee-chong-wei

MO,14/2/2018, KUALA LUMPUR: The investigation into the sex video that supposedly depicts national shuttler Datuk Lee Chong Wei is underway. Federal Commercial Crimes Investigation Department (CCID) director Comm Datuk Seri Amar Singh said that his department would be handling the investigation.

“We are investigating the case for defamation under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 for improper use of network facilities,” he told a press conference at his department’s headquarters here on Wednesday (Feb 14). He added that the police have recorded Lee’s statement.

On Tuesday Lee lodged a report at the CCID headquarters regarding the viral video, and he has vehemently denied being the person in the video. “It’s not me. My movie is coming out and some people are trying to bring my name into disrepute,” he said.

–TheStar



Source link

read more