Penuntut IPT warga Yaman ditahan miliki kanabis – Jenayah


PARIT 16 Feb. – Seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan kimia warganegara Yaman di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis kanabis seberat 14.95 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.35 pagi, polis merampas satu kotak rokok yang mengandungi sepeket plastik terdiri daripada ketulan mampat tumbuhan kering serta satu balutan rokok berisi daun kering disyaki dadah jenis kanabis.

Menurutnya, turut ditemukan ialah satu peralatan berbentuk bulat dan berwarna merah yang dipercayai merupakan alat untuk mengisar daun.

“Hasil ujian air kencing ke atas penuntut berusia 26 tahun itu pula mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman



SANAA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, Yaman.

Serangan pada Ahad itu mensasarkan ibu pejabat polis yang dikawal pemberontak Houthi.

Menurut saksi, ketika serangan, orang ramai sedang sibuk berurusan termasuk penduduk yang mengemaskini cap jari dan mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar dari bandar itu.

“Kami tidak sedar kehadiran pesawat terbabit, tiba-tiba sahaja ia berlalu dan mensasarkan bangunan tersebut.

“Di dalam bangunan itu terdapat ramai orang yang sedang berurusan dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sehingga sekarang.

“Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut,” jelas saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi.

Sementara itu, menurut seorang petugas yang mengalami kecederaan ringan, dia sedang bertugas ketika serangan berlaku.

“Ketika pesawat terbabit melancarkan serangan kami semua sedang sibuk dengan tugas masing-masing,” jelas Abdel Aziz Rageh.

Menurut laporan media tempatan Saba News Agency, tentera pakatan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah melancarkan 16 serangan udara ke beberapa wilayah sejak 24 jam lalu termasuk serangan di Sanaa.

Selain itu, dua serangan udara dilaporkan berlaku di wilayah Saada dan sekitarnya, manakala dua serangan udara lain dilancarkan di daerah Azhor di sempadan Razeh.

Namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung bilangan korban nyawa dan mereka yang cedera di dua wilayah terbabit.



Source link

read more

Puak pemisah lancar rampasan kuasa di selatan Yaman



ADEN:

Perdana Menteri Yaman Ahmed Dagher menuduh puak pemisah yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) melakukan cubaan rampasan kuasa selepas mereka menyita beberapa pejabat kerajaan sewaktu pertempuran di pelabuhan bandar Aden.

Menurut Al-Jazeera, pertempuran berlaku pada Ahad selepas tentera Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi disokong oleh Arab Saudi cuba menghalang puak pemisah tersebut dari masuk ke bandar itu.

“Di Aden, sistem dan undang-undang sudah tunggang terbalik,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Apa yang sedang berlaku sangat bahaya dan memberi kesan terhadap keselamatan, kestabilan dan kesatuan Yaman…

“Salah laku ini tiada bezanya dengan jenayah yang dilakukan oleh puak pemberontak Houthi di Sanaa,” tambah Ahmed.

Sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 30 cedera dalam pertempuran tersebut, mengikut sumber hospital.

Dilaporkan juga, pelabuhan utama bandar itu turut ditutup.

 



Source link

read more

Bantuan kemanusiaan gagal disalurkan di Yaman



YAMAN: Berjuta-juta penduduk Yaman masih berdepan keperitan hidup biarpun pelabuhan di negara itu telah dibuka Arab Saudi Disember lalu untuk memberi laluan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengawasi kem penempatan sementara di Hodeidah, Gaber Hussein Al-Razahi, mendakwa agensi bantuan kemanusiaan tidak diberi permit melawat kawasan kem terutama di Al Garahi.

Katanya peningkatan serangan antara pihak bertelagah dalam minggu ini dibimbangi menyekat kemasukan bantuan dan mungkin menjadi sasaran peluru sesat.

Tambahnya lagi kem-kem di Al Garahi yang hanya terletak 100 kilometer dari pelabuhan Hodeidah tidak menerima sebarang bantuan sejak pembukaan pelabuhan itu.

Dianggarkan beribu-ribu pelarian yang mendiami kem-kem terbabit mula meninggalkan Al Garahi ke wilayah berhampiran untuk mendapatkan bantuan makanan, perubatan dan air bersih.

Pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa telah berkali-kali mengadukan kesulitan yang dihadapi mereka namun tiada sebarang jaminan keselamatan diberikan pihak bertelagah.

Pada Disember, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata lebih daripada 80 peratus penduduk Yaman tidak mempunyai makanan, bahan api, air bersih dan akses kepada rawatan perubatan.

Laporan kesihatan terkini yang dikeluarkan badan bantuan antrabangsa menyebut sekurang-kurangnya 2,000 orang maut akibat wabak kolera.

Konflik Yaman yang bermula sejak Mac 2015 itu telah menyaksikan lebih dari 10,000 orang awam terbunuh dengan jutaan yang lain menjadi pelarian.



Source link

read more

Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman



TAIZ: Pejabat Al-Jazeera di Yaman telah dipaksa tutup oleh tentera kerajaan negara itu pada Selasa.

Tanpa diberikan sebab yang kukuh, pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit dan memaksa pekerja untuk menutup pejabat itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat Al Jazeera Media Network mengutuk sekeras-kerasnya penutupan cawangan pejabatnya di Yaman itu.

“Pihak kami turut menggesa pihak berkuasa di Bandar Taiz untuk menarik balik arahan menutup pejabat Al Jazeera dan membenarkan wartawan kami untuk meneruskan tanggungjawab professional mereka tanpa sebarang halangan dan ugutan,” katanya.

Ini bukan kali pertama wartawan Al Jazeera menjadi sasaran di bandar itu.

Tiga pekerja syarikat media gergasi antarabangsa itu pernah menjadi mangsa culik di Bandar Taiz pada Januari tahun lepas.

Pekerja media terpaksa berdepan pelbagai cabaran sukar apabila membuat laporan di kawasan berkonflik atau sedang mengalami peperangan seperti Yaman.

Al Jazeera melaporkan pada bulan lalu, pemberontak Houthi telah menyerang sebuah stesen televisyen tempatan Al Youm dan menjadikan lebih 12 pekerja syarikat itu sebagai tebusan.

Taiz telah menjadi sebuah kawasan panas untuk peperangan berterusan di Yaman kerana lokasi strategiknya di tengah-tengah ibu negara Sanaa dan wilayah selatan.

Yaman dilanda krisis peperangan sejak tahun 2014 yang telah menyebabkan jutaan rakyatnya berisiko menjadi mangsa kebuluran dan penyakit.

Negara itu juga diserang oleh pakatan yang diketuai Arab Saudi sejak 2015 yang mahu menghapuskan kewujudan pemberontak Houthi.

Pemberontak Houthi masih menguasai sebahagian dari Yaman termasuk Sanaa dan wilayah utara negara itu.

Dijangkakan lebih 100,000 rakyat Yaman telah terkorban sejak konflik ini bermula dan kebanyakkan yang masih hidup berdepan risiko wabak kolera yang telah meragut lebih 2,000 nyawa dan menjangkiti satu juta warganya sejak April 2017.



Source link

read more

109 maut dalam siri serangan udara dalam tempoh 10 hari di Yaman



NEW YORK: Sehingga semalam, 109 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi di Yaman.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat dalam tempoh 10 hari serangan udara terbabit turut mengorbankan 54 orang awam di sebuah pasar dan mengakibatkan sebuah keluarga seramai 14 orang di sebuah ladang maut.

Bagaimanapun tentera pakatan yang disertai Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara lain itu menafikan dakwaan PBB terbabit dan menuduh PBB cuba memihak kepada kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Laporan PBB menyebutkan serangan udara telah dilancar tentera pakatan di sebuah pasar yang sibuk di daerah Attaziah hingga mengorabnkan 54 orang dan mencederakan 32 yang lain.

Lapan daripada yang maut dan enam yang cedera disahkan sebagai kanak-kanak.

Pada hari sama satu lagi serangan udara dilancarkan di sebuah ladang di daerah Hodeidah dan mengorbankan 14 sekeluarga.

Dalam serangan berasingan yang tidak dinyatakan lokasinya, 41 orang awam maut dan 43 yang lain cedera sejak siri serangan itu bermula.

Jurucakap Hak Asasi Manusia PBB, McGoldrick berkata ia adalah bukti jelas tentera pakatan telah mengabaikan nilai kemanusiaan.

“Insiden-insiden ini membuktikan sepenuhnya tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi tidak menghiraukan kehidupan manusia dengan melancarkan serangan berterusan yang tidak masuk akal.

“Ini hanya akan mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan rakyat Yaman serta kempen terbaharu tentera terbabit jelas satu yang sia-sia,” jelas McGoldrick.

Tambahnya di bawah undang-undang antarabangsa, pihak yang bertelagah atau berperang harus mesti keselamatan orang awam dan infrastruktur awam.



Source link

read more

Tangguhkan perjalanan ke Yaman – Wisma Putra



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Yaman.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, kementerian itu memberitahu, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini di Yaman, khususnya di Sanaa.

“Sehingga kini, laporan yang diterima menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman giat menghubungi rakyat Malaysia di Yaman.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sekiranya masih belum berbuat demikian,” jelas kenyataan terbabit.

Berikut ialah butiran Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman:

Alamat :  Villa No. 1611, Way No. 3019
Shatti Al Qurum, P.O. Box 3939,
Postal Code 112, Ruwi Muscat
Oman    
    
Telefon  :  (968) 2469 8329; (968) 2469 8643
Faks  :  (968) 24605031
Emel  :  [email protected]

Sekurang-kurangnya 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.



Source link

read more

Rakyat Malaysia di Yaman selamat – Kementerian Luar



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Yaman berada dalam keadaan selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menghubungi mereka susulan situasi tidak menentu di negara itu.

Media antarabangsa hari ini melaporkan gabungan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar di Yaman yang menyebabkan 25 orang terbunuh.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata ia sedang memantau perkembangan terkini di Yaman, khususnya di Sana’a.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sekiranya masih belum berbuat demikian.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan itu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengsyorkan rakyat negara ini untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Yaman susulan situasi semasa di negara tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 20 terbunuh serangan udara di wilayah Taiz Yaman



SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dilaporkan telah terbunuh dan berpuluh-puluh lebih cedera dalam satu serangan udara yang dipimpin oleh Saudi di sebuah pasar di barat daya Yaman.

Laporan Al Jazeera yang memetik sumber berkata, serangan itu menyasarkan pasar Souk Al-Shahra iaitu sebuah pasar popular di kawasan pemberontak Houthi di wilayah Taiz kira-kira 200 kilometer barat daya Sanaa.

Saudara mara sesetengah mangsa tidak dapat mengenal pasti jenazah jenazah mereka kerana dipercayai hancur.

Sebuah rangkaian televisyen yang dikendalikan oleh kepimpinan Houthi, meletakkan jumlah mangsa lebih daripada 50 orang.

Gambar-gambar dimuat naik di laman web mereka yang memperlihatkan beberapa motosikal dan kedai musnah akibat serangan itu.



Source link

read more

Tanah Yaman bermandi darah 71 terkorban dalam masa 48 jam



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya, 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.

Pada Isnin, beberapa serangan udara yang dilancarkan di Sanaa menyaksikan 11 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dan dua wanita.

Laporan media tempatan pula melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh termasuk dua wanita di wilayah Hodeidah manakala empat yang lain terbunuh dalam serangan di wilayah Dhamar.

Beberapa serangan udara turut dilaporkan berlaku di daerah Arhab ketika satu tunjuk perasaan menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diadakan.

Buat masa ini belum ada sebarang komen dikeluarkan tentera pakatan Arab Saudi berhubung serangan 48 jam tersebut.

Dianggarkan lebih 18 juta penduduk tinggal di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak dengan kesemuanya kini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan perubatan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons