Individu gelar Zulin Aziz sundal mohon maaf


INDIVIDU yang menggunakan nama Dura Hatta di laman sosial Facebook (FB), telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyampai radio dan pengacara Zulin Aziz.

Zulin sebelum itu, memuat naik entri di FB dan Instagram (IG) meminta Dura Hatta tersebut meminta maaf sebelum dia mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna laman sosial tersebut.

Tidak lama selepas itu, Dura membuat permohonan maaf menerusi posting di FBnya dan telah dikongsi semula oleh Zulin di FB dan IG.

BACA: Zulin Aziz kesal digelar ‘perempuan Melayu jahat’ 

Menerusi permohonan maaf tersebut, Dura Hatta mengaku terlanjur memanggil Zulin dengan gelaran kurang menyenangkan kerana terkesan dengan kenyataan penyampai radio itu dalam artikel bertajuk Zulin tak kisah bermadu.

Dia juga mengaku kata-katanya itu telah memberi implikasi tidak baik kepada pihaknya dan Zulin.

Permohonan maaf Dura Hatta disambut baik oleh Zulin dan tindakan tersebut dipuji pengikutnya di FB dan IG.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada Zulin kerana tidak menyimpan dendam terhadap Dura Hatta dan berharap individu itu ikhlas membuat permohonan maaf.

Dalam pada itu, Zulin meminta agar pengikutnya di FB dan IG menghentikan tohmahan terhadap Dura Hatta kerana semuanya sudah berakhir.

Di IG, pada ruangan kapsyen Zulin menulis;

“Terima kasih ya Allah.

“Dengan rendah hati saya memaafkan segala apa yg dia kata pada saya.sedangkan nabi maafkan umat apatahlagi saya manusia biasa.. Semoga dapat jadi pengajaran pada yang lain.

“Saya juga mohon hentikan segala tohmahan keatasnya oleh kerana dia sudah pun meminta maaf dan sedar akan perbuatannya.

“Saya juga berterima kasih pada yang mendoakan saya.

“Ikhlas dari hati saya, saya tidak mahu memusuhi sesiapa apatah lagi memanjangkan perkara negatif dalam hidup saya.

“Saya juga memohon maaf sekiranya statement saya menyinggung mana-mana pihak.
Allahuakhbar! Alhamdulillah..Walaupun typo tak apalah saya maafkan. (Saya betulkan, saya penyampai radio @suriamalaysia, nama saya Zulin Aziz).”

 



Source link

read more

Zulin Aziz kesal digelar perempuan Melayu jahat


PELAKON dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar ‘wanita jahat’ oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Perkara itu berlaku gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ baru-baru ini.

Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu S****l’.

Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa… Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya reda je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.
 

Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dahsyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.

Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.


 

 



Source link

read more

Jangan maki Iqram sebaliknya doakan dia – Zulin Aziz



PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, meminta netizen agar lebih sensitif terhadap situasi yang dilalui rakan pelakon, Iqram Dinzly.

Kata Zulin, dia tidak faham dengan tindakan sesetengah netizen yang kononnya tidak suka dengan perilaku Iqram, tetapi tidak kisah untuk menghabiskan masa menonton sesi Instagram live yang dibuat pelakon itu.

Perkara itu, ujar Zulin, mungkin akan membuatkan Iqram semakin tertekan.

“Saya tak faham golongan yang menonton Instagram live Iqram tapi hanya untuk maki dia. Kalau bertambah tekanan dia nanti macam mana?

“Kasihan dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia,” tulis Zulin di Twitter.

Tambah Zulin, Iqram yang dikenalinya, seorang individu yang baik malah cukup menjaga hubungan dengan Allah.

“Iqram ni solat tak pernah tinggal. Kalau lepak dengan dia di pusat beli belah, mesti dia akan cari surau. Datang rumah terbuka pun dia akan minta izin untuk tumpang solat,” kata Zulin.

Iqram, sejak kebelakangan ini menjadi topik perbualan, khususnya di laman sosial, selepas kerap kali memuat naik gambar dan status pelik.

Situasi itu dikatakan bermula selepas kematian bapanya beberapa bulan lalu, di mana Iqram telah memuat naik gambar di kubur selepas upacara pengebumian.

Ia menerima kritikan netizen malah ada yang tidak teragak-agak melabel Iqram dengan gelaran yang tidak sopan.



Source link

read more

Ini bukan baby scan – keluhan Zulin Aziz hidap ketumbuhan dalam perut



PENGACARA dan pelawak popular, Zulin Aziz dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap ketumbuhan dalam perut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Zulin menerusi akaun Instagramnya semalam.

Kata Zulin, pada mulanya dia mengalami cirit-birit sebelum melakukan imbasan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Saya harap ‘benda’ tu hilang tak payah pembedahan. Boleh keluarkan tak? Nak kerja.

“Ini bukan baby scan ya, ini namanya cyst (ketumbuhan). Bila masa pula saya kahwin?

“Saya masuk hospital sebab cirit-birit tetapi selepas itu baru saya tahu. Saya nak jelaskan pun susah, doakan yang baik-baik ya,” tulisnya.

Lebih manis, Zulin turut memuat naik sekeping foto ditemani rakan baiknya Lufya yang kini masih dalam pantang.

“Minah sakit perut vs minat dalam pantang @lufyaluvya,” tulisnya lewat malam tadi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zulinaziz



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons