Jacob Zuma presiden penuh kontroversi



CAPE TOWN: Jacob Zuma atau nama penuhnya Jacob Gedleyihlekisa Zuma dilahirkan pada 12 April, 1942 di Nkandla, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Zuma merupakan Presiden Afrika Selatan yang keempat bermula pada 2009 sehingga 14 Februari, 2018.

Beliau pernah memegang portfolio Timbalan Presiden Afrika Selatan dari 1999 hingga 2005, menjadi Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada 1997-2007 dan presiden ANC pada 2007-2017.

Beliau merupakan seorang presiden yang penuh kontroversi di Afrika Selatan sejak pemerintahan putih-minoriti berakhir pada 1994.

Tidak pernah menerima pendidikan secara formal, Zuma menyertai ANC pada 1959 dan sayap tenteranya “Spear of the nation” pada 1962.

BACA: Presiden Afrika Selatan sedia berundur

BACA: Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan

BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

Zuma juga pernah ditangkap pada 1963 dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun di Robben Island kerana berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Apartheid di Afrika Selatan.

Pada 1991, Zuma dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung ANC dan seterusnya pada 1994, beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif untuk hal ehwal ekonomi dan pelancongan wilayah KwaZulu-Natal.

Pada Disember 1997, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden ANC, dan pada Jun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden negara itu oleh Presiden Thabo Mbeki.



Source link

read more

Jacob Zuma – kahwin enam kali punyai anak 20 – 22 orang



CAPE TOWN: Bekas Presiden Afrika Selatan yang baru sahaja meletakkan jawatannya semalam dikenali sebagai seorang presiden yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Bukan sahaja dalam arena politik, malah kisah peribadi kehidupannya antara yang hangat diperkatakan.

Memetik laporan portal The South African, Jacob Zuma, 75, berkahwin sebanyak enam kali dan mempunyai 20-22 orang anak.

Lebih parah, 15 daripada anaknya adalah hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya manakala 5-7 orang lain merupakan anak dengan kekasih-kekasihnya.

Pada tahun 2006, Zuma juga pernah didakwa merogol seorang wanita pembawa virus HIV namun pertuduhan itu turut digugurkan.

Menyentuh keperibadiannya dalam arena politik di Afrika Selatan, Zuma pernah berdepan pelbagai skandal rasuah.

BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

BACA: Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi

Zuma pernah berdepan dengan 800 tuduhan rasuah pada 2009 dan turut dikaitkan dengan dakwaan berbilion dolar dalam perjanjian senjata.

Namun kesemua tuduhan ini digugurkan ketua pendakwa negeri bagi membuka jalan mudah buatnya menyandang jawatan presiden.

Selain dari isu skandal rasuah yang tiada penghujungnya, tempoh pemerintahannya juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan masalah pengangguran meningkat dan mencetuskan kemarahan masyarakat.

Tahun lalu juga, Zuma menafikan tuduhan mengatakan dia mempunyai hartanah berharga AS$25 juta dolar yang terletak di pinggir bandar Dubai untuk didiaminya selepas bersara.



Source link

read more

Zuma quits as President of South Africa



JOHANNESBURG: Jacob Zuma resigned as President of South Africa on Wednesday, heeding orders by the ruling African National Congress (ANC) to bring an end to his nine scandal-plagued years in power.

In a 30-minute farewell address to the nation, 75-year-old Zuma said he disagreed with the way the ANC had shoved him towards an early exit after the election of Cyril Ramaphosa as party president in December, but would accept its orders.

“I have therefore come to the decision to resign as president of the republic with immediate effect,” Zuma said.

“Even though I disagree with the decision of the leadership of my organisation, I have always been a disciplined member of the ANC,” he said.

The ruling party had said it would vote him out on Thursday.

“No life should be lost in my name. And also the ANC should not be divided in my name,” Zuma said.

The ANC, which replaced Zuma as party leader in December with Deputy President Cyril Ramaphosa, ordered him to step down as president on Tuesday. When he failed to resign on Wednesday, it announced that it would back an opposition motion in parliament to force him out.

His resignation ends the career of the former anti-apartheid resistance fighter, 75, who has four wives, a sharp tongue and a decades-long history of entanglement in scandals that polarised Nelson Mandela’s “Rainbow Nation”.

The rand currency, which has gained ground whenever Zuma has hit political turbulence, soared more than one percent to a 2-1/2 year high of 11.79 against the dollar during the day, as pressure piled on Zuma to resign.



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

ANC tangguh mesyuarat Presiden Jacob Zuma masih selamat



JOHANNESBURG: Parti pemerintah Afrika Selatan, ANC menangguhkan mesyuarat tertinggi yang sepatutnya bermesyuarat bagi menentukan nasib Presiden Jacob Zuma.

ANC sebaliknya mengeluarkan kenyataan telah mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil dan sangat membina dengan Zuma.

Kenyataan dibuat ketika tekanan supaya Zuma meletak jawatan semakin meningkat.

Parlimen negara itu terdahulu melaksanakan langkah luar biasa dengan menangguhkan ucapan kebertanggungjawaban Presiden yang dijadual pada Khamis.

Penangguhan ini bermakna Jawatankuasa Eksekutif ANC kini bakal bermesyuarat pada 17 dan 18 Februari.

Ia hanya dihadiri kalangan pemimpin yang mempunyai kuasa untuk memecat presiden.

Pembangkang Afrika Selatan sebelum ini kemukakan tuntutan untuk mengadakan usul undi tidak percaya untuk memecat Zuma atas dakwaan terlibat dengan rasuah.

Zuma, 75 tahun, bagaimanapun sehingga kini enggan tunduk kepada semua desakan.



Source link

read more

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi kata dua berundur atau kami pecat anda



JOHANNESBURG: Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) dikatakan sedang berusaha menyelamatkan ‘air muka’ presiden negara itu Jacob Zuma, dengan mencari jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin yang terpalit dengan kontroversi dan skandal itu.

Lapor saluran televisyen eNCA, Majlis Eksekutif Kebangsaan ANC telah bermesyuarat dan berpendirian untuk memohon Zuma meletakkan jawatan secara baik atau enam anggota tertinggi majlis itu bakal memaksanya berundur.

Namun tidak disebut dari manakah sumber berita itu diperolehi.

BACA: Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi

BACA: Ceritalah ASEAN – Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara

Seorang jurucakap wanita ANC, Khusela Diko ketika ditanya enggan mengesahkan laporan itu dan meminta agar wartawan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat parti itu semalam yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu.

Bagaimanapun salah seorang anggota majlis itu yang enggan dinamakan mengesahkan keputusan itu adalah sebulat suara.

Penggal presiden Zuma hanya akan tamat pada tahun hadapan.

Kepimpinan parti itu bergolak selepas Zuma dikatakan terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, yang dinafikannya sekeras-kerasnya.

Zuma juga dibidas ekoran ekonomi negara yang tidak memberansangkan.

ANC sebelum ini telah melantik pemimpin baru, Cyril Ramaphosa untuk menggantikan Zuma sebagai pemimpin parti.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara


PADA pertengahan 1990-an, ketika saya merupakan seorang peguam korporat muda, saya sering melakukan banyak kerja di Afrika Selatan.

Pada masa itu, ‘Negara Pelangi’ itu, di bawah kepimpinan ketua Kongres Nasional Afrika (ANC) dan ikon global Nelson Mandela, sedang muncul dari era apartheid.

Ia merupakan suatu waktu yang penuh dengan harapan tinggi dan dalam masa sama, perasaan bimbang dan tidak menentu.

Adakah ketidakadilan yang sejak berkurun lama boleh diselesaikan?

Bolehkah suatu negara yang penduduknya begitu terbahagi (pada masa ini lebih 57 juta orang), kepada Afrika, Berwarna, India dan Kulit Putih, dapat disembuhkan?

Untuk seketika, magik Mandela memberi kesan.

Pergunungan Table Mountain yang menghadap ke pesisir kota Cape Town, Afrika Selatan.

Selepas lebih 27 tahun dalam tahanan, beliau dapat menggunakan kekuasaan politik dan moral beliau untuk memelihara perdamaian negaranya, menghalang timbulnya kekacauan kaum.

Saya kembali ke Cape Town pada Tahun Baharu, menemui sebuah negara yang masih sangat indah: pergunungan Table Mountain berada betul-betul di hadapan jendela hotel, kebun anggur Stellenbosch dan hempasan ombak Lautan Atlantik dan Hindi.

Bagaimanapun, pembangunan Afrika Selatan pada hari ini sudah terjejas.

Kadar penganggurannya adalah pada 27 peratus dan Bank Dunia telah baru-baru ini meramalkan ekonomi negara itu akan hanya tumbuh pada 2.1 peratus pada 2018.

Bandar-bandar dengan rumah setinggan berbumbung zink di Khayelitsha dan Soweto yang disangkakan telah hilang ditelan zaman tetapi rupanya bertambah banyak – satu testimoni tentang masa depan yang makin teruk bagi negara dengan majoriti 80.2 peratus penduduknya dari komuniti Afrika.

Ironinya, korporat-korporat Afrika Selatan – sebahagiannya kerana cabaran-cabaran ini – telah menjadi pemain paling dinamik benua itu. Pemilik perusahaan tembakau tempatan, Rupert’s dengan Richemont, kini menjadi pemain barangan mewah global, memiliki barangan berjenama dari Cartier hingga ke Montblanc.

Tetapi mungkin apa yang paling mengejutkan ialah Naspers, kumpulan media Afrikaan yang pro-Apartheid dan satu masa dulu sangat dibenci, berpangkalan di Cape Town.

Ia kemudiannya memasuki dunia Internet lama sebelum syarikat-syarikat global seumpamanya – dengan mengambil alih pegangan 46.5 peratus dalam kumpulan atas talian China – Tencent – yang ketika itu tidak begitu dikenali pada 2001.

Ketika ini, Naspers dinilai pada USD85 bilion, syarikat paling berharga di benua Afrika.

Semua perkara ini berlaku pada ketika dominan politik ANC. Dalam zaman Mandela (dan juga penggantinya Thabo Mbeki yang dapat bertahan) kompetens merupakan mercu tanda pemerintahan.

Thabo Mbeki memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dari 1999 hingga 2008. Die Burger/Mlandeli Puzi/Gallo Images

Bagaimanapun, presiden sekarang yang naik mendadak serta tidak berprinsip, Jacob Zuma, institusi-institusi negara talah terhakis dari dalam.

Malah, “pengambilalihan negara” telah membawa maksud serupa dengan ANC.

Istilah itu mula dicipta oleh Bank Dunia, dan kini ia menjadi bahan percakapan di Afrika Selatan – dan kini ia menjadi bertambah relevan di tempat-tempat lain. Pada asasnya ia merupakan satu bentuk korupsi sistemik – membolehkan kepentingan persendirian menentukan aktiviti negara.

Maka telah dihujahkan bahawa perkara ini membawa kepada kejatuhan Zuma. Beliau telah digantikan oleh ketua amat penting ANC, Cyril Ramaphosa pada Disember 2017 dan sudah kedengaran cakap-cakap bahawa beliau akan akhirnya tersingkir juga daripada kepresidenan.

Dikenali sebagai memiliki kehidupan peribadi yang penuh warna dan kontroversi, kharisma Zuma menampakkan perbezaan ketara berbanding dengan gaya serius Mbeki.

Lagipun, sebagai seorang Zulu (Mandela dan Mbeki adalah orang Xhosa), peningkatan beliau menandakan rekonsialisasi dalam komuniti kulit hitam.

Zuma malangnya merosot menjadi satu watak dunia membangun: campuran antara korupsi, kronisme dan politik perkauman.

Pada Mac 2016, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan bahawa beliau telah melanggar perlembagaan dengan membelanjakan wang pembayar cukai untuk menaiktaraf kediaman peribadinya dengan sebuah kolam renang dan sebuah amfiteater.

Seorang bekas menteri tanpa segan silu mempertahankan pembaikpulih itu dengan mendakwa bahawa kolam itu merupakan simpanan air bertujuan memadamkan api. Zuma juga berdepan dengan 783 dakwaan korupsi berhubung dengan suatu urus niaga senjata tetapi tiada pertuduhan dibuat.

Tetapi apa yang menyebabkan pukulan akhir terhadap beliau ialah apabila terdapat pendedahan mengenai penglibatan beliau dengan keluarga India-Afrika Selatan, Gupta.

Warga Afrika Selatan kelahiran India, Atul Gupta, bersama Presiden Jacob Zuma di Stadium Bidvest Wanderers, Johannesburg. Foto GCIS South Africa

Keluarga Gupta diperkenalkan kepada Zuma melalui anak lelakinya, Duduzane Zuma. Keluarga itu membiayai keputusan pelaburan Zuma, menjadikan mereka amat kaya.

Pada lewat Mei 2017, emel-emel Gupta, perniagaan mereka dan rakan kongsi telah dibocorkan oleh wartawan dalam satu pendedahan yang dikenali sebagai #Guptaleaks. Sejauh mana kuasa yang mereka pegang ke atas negara, terutama dalam melemahkan institusi kewangan telah didedahkan. Dalam satu kejadian, rundingan bagi kedudukan menteri dilakukan di rumah agam mereka di kejiranan kecil Saxonwold di Johannesburg.

Pada Disember 2015, Menteri Kewangan yang dihormati, Nhlanhla Nene tiba-tiba dipecat kerana dikatakan membantah perbelanjaan berlebihan ke atas projek yang menguntungkan keluarga Gupta.

Des Van Rooyen, seorang kroni Gupta telah dilantik sebagai ganti tetapi ia hanya bertahan empat hari sebelum digantikan dengan seorang bekas Menteri Kewangan yang lain, Pravin Gordhan bagi mengelak keruntuhan penuh para pelabur.

Zuma bagaimanapun telah menyingkirkan Gordhan dalam satu rombakan Kabinet yang kontroversi pada tahun 2017.

Pergolakan kabinet menggegarkan keyakinan pelabur dengan Standard & Poor baru-baru ini menurunkan penarafan hutang matawang tempatan Afrika Selatan menjadi tanpa nilai.

Walaupun beberapa anggota Jawatankuasa Eksekutif Nasional ANC meminta beliau melepaskan jawatan sebanyak dua kali sejak tiga tahun lalu, dan juga beberapa undi tidak percaya yang gagal dilancarkan padanya – Zuma tetap bertahan.

Bagaimanapun, ketidakjujuran beliau melemahkan ANC hingga pada peringkat tidak pernah terfikir pada tahun-tahun terdahulu.

Dalam pilihan raya 2016, ANC malah kehilangan jawatan Datuk Bandar Johannesburg – kota penggerak ekonomi negara di samping merupakan kubu kuat parti.

Diandaikan bahawa Ramaphosa berjaya menjadi presiden, beliau akan menghadapi cabaran besar untuk merapatkan negara yang amat berpecah itu.

Jurang besar kekayaan masih tidak mengecil: 10 peratus penduduk memiliki 90 peratus kekayaan, kebanyakannya adalah tuan-tuan tanah kulit putih. Purata jangka hayat ialah 62.5 tahun, kadar kematian kanak-kanak ialah 35.5 bagi setiap 1,000 kelahiran yang hidup dan paling menakutkan ialah 18.3 peratus orang dewasa Afrika Selatan berusia antara 15-79 adalah positif HIV.

Cyril Ramaphosa adalah presiden parti pemerintah Kongres Nasional Afrika. Dia dijangka menggantikan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma. Glyn Kirk/AFP

Walaupun dalam keadaan begini, adalah dihujahkan bahawa institusi Afrika Selatan terutama mahkamah dan medianya, kekal kuat dan jitu.

Tetapi, kerosakan di bawah pemerintahan Zuma telah menjejaskan tubuh politik Afrika Selatan, jiwa nasionalnya dan reputasi antarabangsanya dengan amat besar sekali.

Sudah pasti, mudah untuk kita menyifatkan Afrika Selatan sebagai satu lagi kes contoh negara yang datang dari sebuah benua yang bermasalah.

Tetapi, tanyalah mana-mana warga Asia Tenggara yang jujur – ramai akan melihat persamaan yang membimbangkan terhadap beberapa negara kita.

Potensi ekonomi dan sumber alami Afrika Selatan amat mengkagumkan. Tetapi, salah pengurusan dan politik yang buruk telah merosakkannya dan meracuni hubungan kaum.

Tidakkah bunyinya kedengaran hampir serupa?



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons